Intro

SALAM KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA YANG TAK SEBERAPA NI, KEPADA YANG SUDI NAK MEMBERI KOMEN DAN IDEA AMATLAH DIGALAKKAN, DAN PADA YANG NAK MERAMAIKAN LAGI BLOG NI LAGI DIGALAKKAN. SO ENJOY BLOGGING.

Jumaat, 2009 Februari 27

Tido tak tau nak baca pape...hahaha

Salamualaikum....

Disebabkan aku tido lupa baca pape semalam so aku pon mimpi yg bukan2, so amksudnye mimpi yg bukan2 ni datang dari setan, manakala mimpi yg indah2 tu datang dari Allah s.w.t kepada hamba2Nya...

So kalo mimpi2 yg buruk kompom dah dtg dari setan, maksudnye mmg ade la setan kat dlm umah yg dok berkeliaran, tp yelah kn mana kita leh nmpak setan ni...

Jadi aku ada terbuka la laman web ni http://ii.islam.gov.my dgn secara xsengaja aku pon dapat la info yg sebenarnye aku tau tapi, aku lupa nak amalkan hehehe...

Maka aku pon share la serba sedikit dgn korang yg membaca blog aku ni mudah2an kita diberkati Tuhan dan diberi ganjaran atas segala amalan baik yg kita sampkan sesama kita umat islam...insyaAllah...

So check this out ;

Hadith :

Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah.”
Riwayat Muslim

Huraian
Rumah adalah sebahagian daripada kesempurnaan nikmat pemberian Allah SWT kepada manusia. Rumah menjadi tempat tinggal, tempat berehat dan banyak lagi manfaat lain yang boleh diperoleh daripadanya. Itulah yang dikatakan Ibnu Katsir ketika mentafsirkan surat An Nahl ayat 80 “Dan Allah menjadikan bagi mu rumah-rumah mu sebagai tempat tinggal”. Justeru mereka yang dikurniakan kemampuan memiliki rumah sendiri tidak kira besar mahupun kecil perlu mensyukurinya. Islam mengajarkan kita tata cara tertentu dalam mendirikan rumah atau menduduki rumah baru iaitu membanyakkan membaca surat Al Baqarah dari ayat pertama sehingga ayat terakhir. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Bacalah surat al- Baqarah di rumah kalian, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak akan memasuki sesebuah rumah yang di dalamnya dibacakan surat al-Baqarah” Surah al-Baqarah menceritakan asal usul kejadian manusia, serta asal usul kemurkaan Allah kepada syaitan. Hakikat inilah yang melemahkan syaitan apabila kita membaca surah tersebut. Ia mendedahkan kelemahan mereka dan kehormatan kita yang dilantik oleh Allah SWT sebagai khalifah di dunia. Dengan membacakan surah al-Baqarah suasana rumah akan menjadi lebih tenang dan akan dijauhi daripada gangguan syaitan. Jangan pula ketika memasuki rumah baru kita membawa masuk segala perkara baru yang bercanggah dengan agama seperti mengamalkan perkara khurafat dan ritual-ritual seperti memanggil dukun dan paranormal agar rumah terhindar daripada gangguan syaitan atau perkara-perkara ghaib. Semua ini jelas merupakan perbuatan syirik dan mengundang kemurkaan Allah! Ketika di rumah sama ada rumah baru atau yang sudah lama didiami jangan sekali-kali kita melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang syaitan untuk masuk dan tinggal di dalamnya seperti membawa masuk perkara-perkara haram dan maksiat, menyimpan patung berhala dan sebagainya. Mahukah kita mendiami rumah bersama-sama syaitan? Ketahuilah bahawa syaitan sekali-kali tidak akan pernah berhenti berusaha untuk memasuki rumah orang-orang yang beriman dengan tujuan untuk menyesatkannya.

p/s : baca la ayat2 suci kat umah kalo xmau ade setan kaco xkira time tido ataupon x...

2 ulasan:

UROI berkata...

hehe..betol2..
sllnye klu kite bru masuk umah bru, kite kne baca surah albaqarah tu..so amalkn lah.. bkn aje bru masuk..tp sepanjang kite dok kt umah kite tu..keterangan sma je mcm pngertian hadith kt atas..

Ruehee berkata...

Yes betol tu...marilah kita sama2 mengamalkannye...besar ganjaran dan pahalanye :)